Pengalaman China dalam Pulihkan Tanah Terhakis Boleh Diteladani - Naib Setiausaha Agung PBB

(CRI)Isnin 24 Ogos 2026

Naib Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Yasmine Fouad menghargai pencapaian China dalam usaha mengatasi masalah hakisan tanah terutama konsistensi dalam bidang pengukuhan konservasi serta penghijauan di kawasan gurun.

"Negara China boleh diteladani dalam usaha memulihkan secara besar-besaran tanah yang terhakis."

Pujian ini dibuat Yasmine Fouad yang juga merupakan Setiausaha Eksekutif Sekretariat Konvensyen Desertifikasi PBB (UNCCD) dalam temu bual bersama Kumpulan Media China di Beijing pada Julai.

Beliau berpendapat bahawa tampuk kuasa China menunjukkan tujahan dan anjakan yang teguh untuk jangka masa yang panjang dan perancangan yang berpandangan jauh.

"Program Hutan Benteng Perlindungan Tiga-Utara (kawasan bahagian utara China dari tiga arah) dilaksanakan berdasarkan kecekapan tinggi pada skala yang besar sekali.

"Saya menyokong konsep 'gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak' anjuran Presiden Xi Jinping, dan mengiktiraf kehebatan China dalam pengaplikasian teknologi pintar yang terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dalam bidang menangani hakisan tanah," kata Yasmine Fouad.

Mengulas lanjut, beliau juga menzahirkan hasrat untuk melakukan kerjasama dengan China dalam usaha menangani masalah hakisan tanah di padang pasir menerusi pengaplikasian teknologi AI.

Naib Setiausaha Agung PBB itu menyatakan bahawa isu hakisan tanah boleh menyebabkan pemindahan penduduk, konflik dan masalah lain, jadi, melakukan tadbir urus terhadap tanah terhakis sama seperti membuat pelaburan terhadap keamanan dan kestabilan, dan pelaburan seumpama itu berbaloi memandangkan manfaat besar yang akan dibawa pulang.

"Berdasarkan kerjasama Selatan-Selatan, China boleh berkongsi pengalaman dan teknologi tentang pengurusan kawasan gurun dengan negara lain, sambil menghulurkan bantuan dalam bidang desertifikasi.

"Saya juga menyeru agar kita meningkatkan kecekapan dalam penggunaan air, menjaga sumber air dan tanah, membina kesedaran ekologi yang betul, dan bersinergi melindungi bumi milik kita bersama," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan