Pemodenan Teknologi, Inti Pati Wawasan Pemodenan Ala China

(CRI)Khamis 06 Ogos 2026

Pemodenan teknologi merupakan inti pati bagi wawasan pemodenan ala China. Tempoh 2026-2030 untuk pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan China akan menjadi tempoh kritikal dalam memangkin agenda pemerkasaan negara melalui pembangunan teknologi sains.

Pada tahun ini yang merupakan tahun pertama dalam pelaksanaan FYP ke-15, kedudukan teras inovasi teknologi telah ditekankan melalui sebutan "pertama" sebanyak tiga kali, iaitu sesi pembelajaran kolektif 2026 yang "pertama" anjuranBiro Politik menumpu pada industri masa depan, Setiausaha Agung Xi melakukan kunjungan turun padang 2026 yang "pertama" ke Taman Teknologi Yizhuang di bandar Beijing dan menekankan peri pentingnya untuk menyemarakkan semangat berdikari dalam memperjuangkan kemandirian teknologi di bawah mekanisme yang bersepadu, serta China buat kali "pertama" mengadakan mesyuarat penyelidikan asas di Shanghai untuk mengukuhkan asas inovasi.

Dalam tiga acara teknologi yang berlangsung serentak pada bulan Julai tahun ini, Setiausaha Agung Xi telah menyampaikan anugerah kepada pemenang Hadiah Teknologi Tertinggi Negara, menggariskan pelan kerja teknologi FYP ke-15, dan memberi kata semangat kepada kelompok penyelidik untuk terus melakar pencapaian cemerlang dalam bidang inovasi.

Selain itu, Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia (WAIC) 2026 juga diadakan pada bulan yang sama di Shanghai, di mana dikemukakan cadangan China untuk tadbir urus kecerdasan buatan (AI) global dan turut ditubuhkan Pertubuhan Kerjasama Kecerdasan Buatan Dunia.

Pada masa tinggal hanya sembilan tahun sahaja untuk memangkin agenda pemerkasaan negara melalui pembangunan teknologi tinggi yang dijadual berakhir pada 2035, China akan terus menumpu pada kemajuan teknologi teras, menguatkan penyelidikan asas, memperincikan perancangan tentang industri barisan hadapan, dan merancakkan landskap pemodenan ala China menerusi pemodenan teknologi bertaraf tinggi.

Video

Berita Berkaitan