- Lain-lain
Mengapa Canton Fair Kekal Tampil dengan Elemen Baharu?

Sebilangan besar produk termaju yang mempamerkan kuasa produktif kualiti baharu membuat penampilan di Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-140 yang sedang berlangsung di Guangzhou, sekali gus menyuntik elemen baharu dalam pameran berprestij berkenaan.
Tahun 2026 menandakan permulaan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 dan juga ulang tahun ke-70Canton Fair.
Sepanjang tujuh dekad lalu, Canton Fair menyaksikan kawasan pameran diperluas sehingga 1.55 juta meter persegi berbanding 9,600 meter persegi semasa edisi pertama.
Selain itu, bilangan pembeli juga meningkat kepada lebih 300,000 pada tahun ini berbanding hanya 1,200 dicatat pada peringkat awal.
Canton Fair menjadi pameran perdagangan antarabangsa yang bersejarah paling lama dan berskala terbesar sehingga mendapat gelaran 'pameran nombor satu China' di peringkat global.

Seperti yang dinyatakan Presiden China Xi Jinping, pameran tersebut memainkan peranan penting dalam menggerakkan perdagangan antara China dengan negara lain serta merupakan platform yang berkesan untuk China memperluas keterbukaan bertaraf tinggi dan mendorong pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.
Dalam usianya yang menjangkau 70 tahun, mengapa Canton Fair dapat dibekalkan dengan elemen baharu ketika setiap edisi diadakan?
Profesor dari Sekolah Ekonomi di Universiti Renmin China, Wang Xiaosong berpendapat bahawa kesungguhan China dalam memajukan inovasi teknologi dan memupuk momentum baharu antara penyumbang penting kepada kedinamikan Canton Fair.
Menurut beliau, China mempunyai sistem perindustrian lengkap, yang membolehkan pelbagai hasil dijana kuasa produktif kualiti baharu tampil di pentas pameran. Ia mendorong 'Buatan China' memenuhi keperluan dunia dengan lebih baik.
Pada pandangan Prof. Wang, komitmen China untuk memperluas keterbukaan bertaraf tinggi diterjemahkan menerusi platform Canton Fair yang turut melicinkan kerjasama perdagangan antarabangsa.
Canton Fair terus berkembang kukuh seiring dengan keterbukaan dan pembangunan China.
Apa yang berubah ialah jenis produk dipertontonkan, dan yang tidak berubah ialah niat asal dipamerkan menerusi Canton Fairiaitu menghubungkan dunia demi kejayaan bersama.
- Canton Fair Bersejarah 70 Tahun, Tunjang Pelaksanaan Dasar Keterbukaan China
- Canton Fair Dibuka kepada Pengunjung Mulai Hari Ini
- China Komited Terus Pacu Pembangunan Berkualiti Melalui Peningkatan Tahap Keterbukaan - PM Li
- Xi Ucap Tahniah Sempena Perasmian Canton Fair ke-140
- Canton Fair ke-140 Bakal Lancar Lebih 50 Langkah Inovatif
- Canton Fair ke-139 Labuh Tirai
- Canton Fair ke-139 Berlangsung untuk Fasa Ketiga
- Dua Fasa Pertama Canton Fair ke-139 Tarik 245,000 Pembeli Asing
- Fasa kedua Canton Fair ke-139 Buka Tirai
- Fasa Pertama Canton Fair ke-139 Labuhkan Tirai




