Musim Beli-belah Tiba, Bayaran Atas Talian Meningkat

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 22 Oktober 2026

Seorang kakitangan memindahkan barang semasa festival beli-belah “11.11” di sebuah taman logistik di Nanyang, ibu provinsi Henan, tengah China, 11 November 2025. (Foto oleh Gao Song/Xinhua)

Seorang kakitangan memindahkan barang semasa festival beli-belah “11.11” di sebuah taman logistik di Nanyang, ibu provinsi Henan, tengah China, 11 November 2025. (Foto oleh Gao Song/Xinhua)

China menyaksikan kenaikan mendadak dalam penggunaan kaedah bayaran atas talian ketika pelbagai platform beli-belah melancarkan kempen “11.11”, salah satu pesta beli-belah atas talian paling hebat di ekonomi kedua terbesar dunia ini.

Pada 20 Oktober, firma penyelesaian bayaran atas talian China, NetsUnion Clearing Corporation menguruskan sebanyak 4.64 bilion transaksi bayaran, mencatat rekod baharu pemprosesan transaksi dalam tempoh sehari.

Sejak pertengahan bulan ini, platform-platform e-dagang China telah melancarkan bonanza tahunan itu yang biasanya menawarkan potongan harga besar melalui kempen yang meliputi seluruh platform, menyebabkan jumlah tempahan dan bayaran melonjak tinggi.

JD.com memulakan pesta “11.11” tahun ini pada 12 Oktober, ternyata disahut hangat oleh pengguna apabila bilangan tempahan hari pertama merekodkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun. Selain produk perkhidmatan yang meliputi kehidupan di rumah, pelancongan dan kesihatan, platform tersebut juga memfokuskan keperluan baharu seperti jagaan warga emas, haiwan kesayangan, serta AI.

Pada masa yang sama, Tmall telah menjadi tempat tumpu sekitar 1 juta jenama yang menawarkan lebih 72 juta produk, kedua-duanya mencatat rekod baharu.

Setiap tahun, pesta beli-belah “11.11” berlangsung selama kira-kira sebulan hingga pertengahan November.

Pesta tahun ini kebetulan berlangsung ketika data terkini menunjukkan trend penggunaan berkembang positif. Jumlah jualan runcit barang dan perkhidmatan seluruh negara naik 2.6 peratus tahun ke tahun dalam tiga suku pertama 2026. Data rasmi juga menunjukkan perkhidmatan mendahului barang dari segi jualan runcit, dan munculnya bentuk-bentuk baharu penggunaan.

Video

Berita Berkaitan