Tiga Indikator Utama Industri Kapal China Dahului Pasaran Global

(CRI)Jumaat 23 Oktober 2026

Tiga petunjuk utama industri pembinaan kapal China terus mendahului di peringkat antarabangsa, sekali gus mengekalkan kedudukan dominan dalam pasaran global, menurut data terkini yang dikeluarkan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) pada Jumaat.

Data statistik menunjukkan, jumlah pembinaan kapal dicatat mencapai 58.05 juta tan berat kargo dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, meningkat 50.7 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Manakala, jumlah pesanan baharu direkod sebanyak 17,529 juta tan berat kargo, naik 163.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Setakat hujung September, bilangan pesanan sedia ada mencecah 39,913 juta tan berat, meningkat sebanyak 64.8 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Dari segi penguasaan pasaran global, China masing-masing menyumbang 63.6 peratus bagi jumlah kapal yang siap dibina, 81.8 peratus bagi tempahan baharu dan 72.4 peratus bagi tempahan dalam pegangan.

Video

Berita Berkaitan