Xi Berikan Arahan Penting Susulan Gempa Bumi Melanda Xizang

(CRI)Jumaat 23 Oktober 2026

Sekurang-kurangnya 16 maut manakala 54 lagi cedera berikutan bencana gempa bumi bermagnitud 7.0 melanda Kaunti Baqen Bandar Nagqu, Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China pada pukul 10.33 malam Khamis.

Susulan kejadian itu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan keutamaan segera diberikan kepada kerja-kerja mencari dan menyelamatkan individu hilang, serta memberikan rawatan kepada mereka yang cedera.

Beliau turut mengarahkan supaya pemantauan dan amaran awal diperkukuh, sementara operasi menyelamat dilaksanakan berdasarkan pendekatan saintifik, selain langkah pencegahan diambil bagi mengelakkan bencana susulan.

Ujarnya kawasan yang dilanda bencana itu terletak di kawasan beraltitud tinggi dan cuacanya amat sejuk, justeru tugasan utama pada masa ini adalah untuk menyalurkan barang bantuan, memindahkan penduduk terjejas ke tempat lebih selamat, dan membaiki prasarana yang rosak demi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Li Qiang juga memberi arahan mahu pihak-pihak berkuasa berkaitan seperti Kementerian Pengurusan Kecemasan dan Pentadbiran Gempa Bumi agar meningkatkan pemantauan dan ramalan awal serta meningkatkan pencegahan terhadap bencana susulan.

Pada masa ini, pasukan kerja dari jabatan berkaitan telah bergegas ke tempat kejadian, dan kerja-kerja menyelamat berjalan teratur.

Video

Berita Berkaitan