Xi Ucap Takziah kepada Keluarga Bekas PM Jepun, Fukuda Yasuo

(CRI)Rabu 28 Oktober 2026

Presiden China, Xi Jinping menghantar perutusan takziah kepada keluarga bekas Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda bagi menzahirkan simpati yang mendalam di atas pemergian negarawan ulung tersebut.

Xi berkata, sebagai ahli politik Jepun yang berprinsip dan bertanggungjawab serta rakan lama rakyat China, Fukuda sentiasa prihatin terhadap persahabatan kedua-dua negara.

Ujarnya, bekas perdana menteri Jepun itu juga berpegang kepada pandangan sejarah yang betul, malah semasa tempoh pentadbirannya, beliau telah menandatangani dokumen politik keempat antara China dan Jepun, yang menetapkan prinsip-prinsip penting bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Fukuda juga memainkan peranan signifikan untuk mempromosikan pertukaran dan kerjasama rantau Asia ketika memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Forum Asia Boao.

Menurut Xi, China akan mengenang sumbangan Fukuda terhadap hubungan China-Jepun dan pembangunan Asia.

Diharapkan ahli keluarga mendiang dapat meneruskan hasrat Fukuda dan terus berusaha untuk persahabatan kedua-dua negara.

"Diharapkan pemimpin Jepun menghargai usaha dan dedikasi generasi ahli politik terdahulu, menghormati empat dokumen politik China-Jepun, dan memelihara asas politik bagi hubungan dua hala, " kata Xi lagi.

Video

Berita Berkaitan