Canton Fair ke-140 Labuh Tirai

(CRI)Khamis 05 November 2026

Pameran Import dan Eksport China atau 'Canton Fair' edisi ke-140 telah melabuhkan tirai di sini hari ini.

Sepanjang berlangsungnya pameran itu, jumlah kehadiran pembeli asing meningkat 12.2 peratus berbanding sesi sebelumnya, dengan mencatat seramai 352,000 orang yang dilaporkan dari 219 negara dan wilayah, iaitu satu rekod tertinggi dalam sejarah.

Struktur perusahaan pempamer terus dioptimumkan. Daripada 32,000 perusahaan pempamer, lebih 11,000 adalah perusahaan yang berprestij dalam bidang khusus, halus, istimewa dan inovatif (SRDI) serta peneraju bagi suatu kategori tunggal.

Sekumpulan produk barisan depan seperti cip tercanggih, penyimpan tenaga jenis baharu dan dron berawak merupakan tumpuan pengunjung.

Pelbagai produk kecerdasan buatan (AI) yang baharu membabitkan bidang robot perkhidmatan, isi rumah pintar dan penjagaan kesihatan pintar, juga memikat perhatian besar dengan pengaplikasian dalam senario sebenar yang selaras dengan keperluan pengguna baharu di luar negara.

Daripada 4.88 juta item di lokasi pameran, produk baharu dan produk hijau masing-masing menyumbang 23.2 peratus dan 26 peratus sekali gus mencipta dua rekod tertinggi dalam sejarah, manakala produk berkaitan hak harta intelek tempatan menyumbang 26 peratus.

Untuk rekod, Canton Fair ke-141 akan diadakan dari 15 April hingga 5 Mei 2027 di Guangzhou.

Video

Berita Berkaitan