Fasa Pertama Canton Fair ke-140 Labuh Tirai

(CRI)Selasa 20 Oktober 2026

Fasa pertama Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) edisi ke-140 melabuhkan tirainya di Guangzhou pada Isnin.

Pameran secara fizikal itu menarik penyertaan seramai 189,000 pembeli dari 214 negara dan wilayah, dan angka ini meningkat 13.3 peratus berbanding edisi lalu.

Sempena pameran fasa pertama tersebut, sebanyak 335 sesi pelancaran produk baharu diadakan, antaranya bilangan produk baharu dalam industri masa depan seperti robot perkhidmatan, pembuatan pintar, dan tenaga baharu meningkat sekitar 20 peratus.

Fasa kedua pameran fizikal Canton Fair ke-140 akan diadakan dari 23 hingga 27 Oktober, dengan tema "Kehidupan Rumah Berkualiti".

Keluasan pameran akan mencapai 515,000 meter persegi, menampilkan tiga tema utama iaitu barangan kegunaan rumah, cenderamata dan hiasan, serta bahan binaan dan perabot.

Menurut pihak penganjur, lebih 10,000 syarikat akan mempamerkan produk mereka, antaranya termasuk lebih 3,600 syarikat berkualiti tinggi.

Video

Berita Berkaitan