Pameran Fasa Kedua Canton Fair Catat Peningkatan Ketara Jumlah Pembeli

(CRI)Rabu 28 Oktober 2026

Fasa kedua secara luar talian Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-140 berakhir di Guangzhou pada Selasa, menyaksikan peningkatan ketara jumlah peserta berbanding edisi 2025.

Dicatatkan bahawa seramai 278,000 pembeli dari 218 negara dan wilayah menyertai pameran kali ini, meningkat 13.4 peratus berbanding tempoh sama pada sesi sebelumnya.

Antara yang paling menarik perhatian ialah pameran eksport sempena fasa keduaCanton Fairmenghimpunkan sebanyak 11,000 syarikat pempamer sepanjang penganjurannya dari 23 hingga 27 Oktober.

Lebih istimewa, fasa berkenaan turut diserikan dengan 178 aktiviti penampilan sulung produk baharu, dengan jumlah pelancaran meningkat kira-kira 15 peratus berbanding sesi tahun lepas.

Difahamkan, pameran fasa kedua itu memfokuskan kepada alatan isi rumah berkualiti serta pakej perkhidmatan yang semakin ditambah baik.

Selain itu, siri aktiviti padanan bekalan dan perolehan juga dilancarkan dengan mewujudkan platform yang lebih cekap bagi memenuhi penawaran dan permintaan.

Syarikat-syarikat pempamer turut mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan reka bentuk inovatif, transformasi hijau dan rendah karbon serta penyelesaian bersepadu.

Fasa ketiga secara fizikalCanton Fairdijadual berlangsung selama lima hari bermula 31 Oktober.

Video

Berita Berkaitan