- Lain-lain
Ekonomi Sebenar Jadi Keutamaan Pelan Lima Tahun ke-15 China (4)
|  | 
Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC telah menggariskan 12 tugas strategik menyasarkan pembangunan sosioekonomi untuk tempoh pelaksanaan Pelan Lima Tahun (FYP) ke-15. “Membina sebuah sistem perindustrian moden dan mengukuhkan asas ekonomi sebenar” ditekankan sebagai tugas yang paling utama.
Sebagai penstabil operasi ekonomi, sektor-sektor ekonomi sebenar seperti pembuatan, pembinaan, pertanian dan perkhidmatan menyediakan pekerjaan kepada 400 juta orang, iaitu 53% tenaga kerja seluruh negara. Sektor-sektor berkenaan ibarat tunjang teguh yang mengekalkan kestabilan sosial, malah menambah baik standard hidup. Manakala, ekonomi sebenar dianggap medan pertempuran utama dalam persaingan antarabangsa. Selama 15 tahun berturut-turut, industri pembuatan China menduduki tangga teratas global, menjadi asas bagi menangkis unsur-unsur ketidakpastian dari luar.
Melihat ke depan, empat aspek akan menjadi fokus China sepanjang tempoh FYP ke-15,
1. Memperkukuh asas, menggalakkan kualiti dan penaiktarafan industri-industri tradisional utama, membuka ruang pasaran baharu bernilai kira-kira 10 trilion yuan dalam lima tahun akan datang.
2. Merangsang inovasi dan memupuk pertumbuhan baru, mempercepat pembentukan kelompok industri baru strategik seperti tenaga baru dan bahan baru, membuat perancangan proaktif untuk industri masa depan seperti teknologi kuantum dan biopembuatan.
3. Memperluas kapasiti dan mempertingkat kualiti, mendorong pembangunan terselaras khidmat moden dengan pembuatan termaju dan pertanian moden.
4. Memperkukuh asas dan mempertingkat kecekapan, memajukan pembinaan infrastruktur baharu, menambah baik ketersambungan, keselamatan dan keefisienan.
- Visi untuk FYP ke-15 China
- Xi Pengerusikan Simposium Kumpul Pendapat Wakil Bukan PKC Mengenai FYP ke-15
- Cadangan FYP ke-15, Dokumen Pedoman Penting Dalam Sejarah PKC
- Persidangan PKC Lulus Cadangan Mengenai Rancangan Lima Tahun ke-15
- Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC Jadi Tumpuan Dunia
- FYP ke-15 China Jadi Tumpuan Dunia
- Mengikut Haluan China Merintis Masa Depan
- Apakah Rancangan Lima Tahun di China?
- China Capai Tahap Tertinggi Pengeluaran dan Keselamatan Makanan Sepanjang FYP ke-14
- Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 Berlangsung Hujung Oktober
 
				 
			




