- Lain-lain
Industri Pisang Kaki Subur di Kaunti Shunping (4)
![]() |
| Peraih sedang mengisih pisang kaki di sebuah pasar di kampung Beihu, kaunti Shunping, Provinsi Hebei di timur China. (Foto oleh Zhao Duan) |
Tanggal 9 November, lereng bukit di kampung Yongshen, pekan Anyang, kaunti Shunping di Provinsi Hebei, utara China, telah dilitupi dengan pokok pisang kaki yang lebat dengan buah. Yang Shasha, seorang penduduk kampung tempatan pula dilihat sibuk mengubah buah yang dipetik segar menjadi pisang kaki kering.
“Saya mempunyai lebih daripada 200 pokok pisang kaki, dan kesemua buah yang saya tuai akan diubah menjadi pisang kaki kering. Pada tahun ini, saya menjangkakan untuk menghasilkan sekitar 2,500 kilogram pisang kaki kering.
“Kebanyakannya dijual secara dalam talian, dengan anggaran harga di antara RMB30 ke RMB30 setiap kilogram mengikut saiz dan kualiti,” kata Yang.
Terletak di Gunung Taihang, pekan Anyang mempunyai lebih daripada 30,000 mu (2,000 hektar – atau sekitar 280 buah padang bola sepak) kebun pisang kaki. Difahamkan, pisang kaki dan pisang kaki kering yang dihasilkan di situ akan dijual ke tempat seperti Beijing, Tianjin dan timur laut China.
Kaunti Shunping telah menjadikan industri pisang kaki sebagai pemacu utama dalam pertumbuhan pendapatan penduduk tempatan. Kaunti itu juga menggalakkan petani untuk menambah baik varieti, mengembangkan pemprosesan mendalam, dan meningkatkan skala pengeluaran pisang kaki kering.
Pada masa sama, ia turut mempromosi pembangunan produk-produk berkaitan seperti cuka, minuman dan pelbagai lagi.
Untuk rekod, kaunti Shunping memiliki lebih daripada 60,000 mu kebun pisang kaki. Ia mengeluarkan lebih daripada 70 juta kilogram pisang kaki segar, dan lebih daripada 50,000 kilogram pisang kaki kering setiap tahun.
- Sektor tani Nanning Beralih kepada “Kepintaran Berteraskan Data”
- Inisiatif “AI+Pertanian” Guangxi Buah Hasil Signifikan
- Landskap Indah Harmoni Pemulihan Semula Luar Bandar Terbentang di China
- Wartawan Asia Pasifik Kagum Lihat Hasil Strategi China Dalam Pemulihan Semula Luar Bandar
- Industri Basikal Makmur di Kaunti Wuhe
- Daerah Wendeng Transformasi Ginseng Amerika Sebagai Industri RMB10 Bilion
- Kilang Ulat Sutera Pintar Hidupkan Semula Serikultur di Kampung Zhongfan
- Industri Pukat di Kampung Hedonglijiacun Mekar, Dieksport ke Luar Negara
- Halaman Sains dan Teknologi Bawa Kepakaran Buat Petani di Beijing
- Lima Wilayah Autonomi China Saksi Pertumbuhan Ekonomi Mantap





