Tanglung Ikan Tambah Kemeriahan di Shexian

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 26 Februari 2026

Hari-hari menjelang Tahun Baharu Cina, tibanya waktu paling sibuk bagi Wang Qinyan. Tanpa mengenal penat, setiap hari wanita ini bekerja di bengkelnya di kaunti Shexian untuk memenuhi tempahan tanglung berbentuk ikan.

Pada tahun 2020, Wang berhenti dari kerja di Beijing dan pulang ke kampung halamannya di kaunti Shexian untuk menjadi pewaris kraf tanglung berbentuk ikan tradisional.

Wang Qinyan membuat tanglung berbentuk ikan di bengkelnya di kaunti Shexian, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China. (People's Daily Online/Ding Ji)

Wang Qinyan membuat tanglung berbentuk ikan di bengkelnya di kaunti Shexian, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China. (People's Daily Online/Ding Ji)

Banyak inovasi yang telah dibuat oleh Wang ada dipamerkan di pusat pameran warisan budaya tak ketara kaunti Shexian. Beliau bangga terutamanya dengan sebuah tanglung bercorak ikan kap hitam.

“Tanglung berbentuk ikan Wangmantian tradisional biasanya berwarna merah dan hijau, tetapi lihatlah kap hitam ini, cukup anggun bukan?”

Yao Junjie, ketua persatuan perlindungan dan kemajuan tanglung berbentuk ikan kaunti Shexian berkata bahawa warisan budaya tak ketara tradisional ini sedang disesuaikan dengan zaman, memberikan seni itu suatu nadi baharu.

“Kemajuan telah dilihat baik dari segi estetika mahupun ketukangan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kami telah menggantikan benang kapas dengan dawai besi untuk menjadikan struktur lebih kuat. Kami juga telah menggantikan kertas kapas dengan kain kapas, yang menjadikan permukaannya lebih tahan. Kini, kami menggunakan lampu elektrik dan bukan lagi lilin untuk menyalakan tanglung supaya cahayanya tahan lebih lama,” jelas Yao.

Persembahan tanglung berbentuk ikan di kaunti Shexian, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China. (People's Daily Online/Ding Ji)Persembahan tanglung berbentuk ikan di kaunti Shexian, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China. (People's Daily Online/Ding Ji)

Persembahan tanglung berbentuk ikan di kaunti Shexian, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China. (People's Daily Online/Ding Ji)

Pada 2025, kaunti Shexian melancarkan sebuah pelan tiga tahun memfokuskan pemuliharaan dan inovasi tanglung berbentuk ikan. Pada Ogos tahun yang sama, persatuan perlindungan dan kemajuan tanglung berbentuk ikan telah ditubuhkan.

Pada 4 Februari 2026, tanglung berbentuk ikan dari merata negara China menerangi jalan dan lorong di kaunti Shexian. Pada hari tersebut, Shexian telah memperkenalkan produk-produk kebudayaan kreatif baru yang diinspirasikan oleh warisan budaya tak ketaranya, sekali gus menerapkan sentuhan kemodenan dalam tanglung berbentuk ikan, menghembuskan nafas baharu ke dalam tradisi itu.

 Kanak-kanak membuat tanglung berbentuk ikan di kaunti Shexian, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China. (People's Daily Online/Ding Ji)

Kanak-kanak membuat tanglung berbentuk ikan di kaunti Shexian, bandar Huangshan, provinsi Anhui, timur China. (People's Daily Online/Ding Ji)

Video

Berita Berkaitan