Sanae Takaichi, Pemimpin Yang 'Cakap Tak Serupa Bikin'

(CRI)Jumaat 03 Julai 2026

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi semasa melawat India baru-baru ini telah menekankan kepentingan membina rantau "Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka".

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Khamis menyatakan bahawa kenyataan Takaichi adalah "tak serupa bikin" iaitu mulut menyuarakan kebebasan dan keterbukaan namun sebaliknya apa yang difikirkan adalah konfrontasi dan perbalahan.

Ujarnya, perkara itu adalah bertentangan dengan harapan bersama negara-negara serantau yang mahukan keamanan, pembangunan dan kerjasama.

Guo berkata, negara-negara serantau perlu membuka mata dan bersatu bagi memelihara hala tuju kerjasama Asia-Pasifik yang sebenar.

Selain itu perlu meningkatkan rasa saling percaya melalui dialog dan rundingan, memelihara keamanan melalui kerjasama yang saling menguntungkan serta bersama-sama membina Asia-Pasifik yang makmur, stabil, terbuka, inklusif dan saling membantu.

Video

Berita Berkaitan