Penempatan Peluru Berpandu Jarak Jauh NATO Dikhuatiri Cetus Ketegangan Dengan Rusia

(CRI)Selasa 07 Julai 2026

Beberapa pegawai dalam pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bimbang mengenai kemungkinan penempatan sistem peluru berpandu jarak jauh oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kerana langkah itu dikhuatiri akan menjejaskan keseimbangan strategik serantau, serta mencetuskan peningkatan konflik dengan Rusia.

Menurut sumber yang dipetik media, sebahagian pegawai AS berpandangan bahawa sekiranya NATO memutuskan untuk menempatkan peluru berpandu yang mampu menyerang sasaran jauh di wilayah Rusia, tindakan itu berisiko mencetuskan situasi yang sukar dikawal.

Mereka juga berpendapat bahawa langkah seumpama itu dilihat sebagai ancaman langsung terhadap keselamatan negara Rusia dan berkemungkinan mendorong Moscow mengambil tindak balas yang lebih tegas.

Menurut sumber, sekiranya tercetus konflik melibatkan NATO, AS mungkin tidak akan terlibat secara langsung bagi mempertahankan negara-negara Baltik.

Video

Berita Berkaitan