- Lain-lain
China, Kemboja Tandatangan MoU, Tingkatkan Kerjasama dan Persefahaman

China dan Kemboja menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk Memperkukuh Kerjasama dan Persefahaman dalam Konteks Langkah Perdagangan Berkaitan Negara Ketiga, baru-baru ini.
MoU itu dimeterai Menteri Perdagangan China Wang Wentao dan rakan sejawatnya dari Kemboja Cham Nimul.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus mengadakan dialog yang terbuka dan membina mengenai isu-isu berkaitan langkah perdagangan berkaitan negara ketiga yang menjadi perhatian bersama.
Dalam pada itu, China dan Kemboja komited meningkatkan komunikasi, persefahaman dan ketelusan dalam penafsiran serta pelaksanaan langkah yang mungkin mempengaruhi hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala.
Pihak Kemboja berjanji bahawa aturan perdagangannya dengan negara ketiga tidak akan mempengaruhi perjanjiannya dengan China dan tidak akan menjejaskan kepentingan China. Kemboja juga tiada dan tidak akan mengambil sebarang langkah bersifat diskriminasi terhadap China atau mengganggu kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN.
Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan menyebut, penandatanganan MoU tersebut mencerminkan persahabatan kukuh antara China dan Kemboja, sekali gus bermanfaat bagi kedua-dua negara mempergiat kerjasama dan persefahaman, selain mempunyai makna signifikan dalam mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Kemboja pada era baharu.
- China, Kemboja Komited Perkukuh Kolaborasi Pelbagai Sektor
- China, Kemboja Komited Perkasa Kerjasama
- Pelebaran Jalan Biayaan China Rancakkan Ekonomi di Kemboja
- China, Kemboja Ikrar Perdalam Kerjasama
- Wang Yi Ziarahi Raja dan Bonda Ratu Kemboja
- Hun Sen Bertemu dengan Wang Yi
- Menteri Luar China, Kemboja Berbincang di Phnom Penh
- China, Kemboja Anjur Mesyuarat '2+2' Pertama di Phnom Penh
- Kemboja Laksana Dasar Pengecualian Visa kepada Warga China
- China Beri Sumbangan Signifikan Buat Pertumbuhan Ekonomi Serantau, Global – Hun Sen




