- Lain-lain
PM Li Bertemu dengan Naib Presiden Pertama Iran

Perdana Menteri China, Li Qiang mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad-Reza Aref ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Ketua Kerajaan (Perdana Menteri) Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-25 di Dushanbe, Tajikistan pada Isnin.
Semasa pertemuan itu, Li berkatasituasi di Asia Barat terus bergolak sejak awal tahun ini, sekali gus menuntut usaha berterusan masyarakat antarabangsa dalam mengembalikan kestabilan serantau.
Mengambil kira perkembangan berkenaan, beliau berkata Presiden Xi Jinping telah mengemukakan empat cadangan bagi memelihara keamanan dan kestabilan Asia Barat, serta memperkenalkan empat inisiatif untuk memperkukuh keselamatan bersama di rantau berkenaan.
Menurut Li, China sentiasa berpendirian bahawa kedaulatan dan keselamatan setiap negara perlu sentiasa dihormati, manakala semua pihak berkaitan harus mengutamakan penyelesaian secara aman dengan menyambung semula dialog dan rundingan bagi menangani sebarang perbezaan melalui saluran politik dan diplomatik, sekali gus memulihkan keamanan dan kestabilan rantau.
Beliau juga berkata China akan terus memainkan peranan dalam menggalakkan keamanan serta mempromosikan rundingan, selaras dengan inisiatif yang diperkenalkan Presiden Xi bagi menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan di rantau Asia Barat.
Dalam pada itu, Mohammad Reza menzahirkan penghargaan Iran terhadap usaha berterusan yang dilakukan China dalam menggalakkan keamanan serta menamatkan konflik yang tercetus di rantau Asia Barat.
Beliau turut menyatakan sokongan Iran terhadap inisiatif keamanan yang dikemukakan oleh Presiden Xi mengenai usaha menggalakkan keamanan dan keselamatan di Asia Barat, di samping menegaskan kesediaan pentadbiran Tehran untuk menyelesaikan sebarang konflik yang tercetus menerusi dialog dan rundingan.
Mohammad Reza turut berharap agar pihak berkaitan dapat segera kembali kepada Memorandum Persefahaman Islamabad bagi memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat.
- Menteri Luar China dan Iran Adakan Pertemuan di Kyrgyzstan
- Naib Pengerusi NPC Hadiri Upacara Pengebumian Bekas Pemimpin Tertinggi Iran
- Menteri Luar Iran Araghchi Lawat China
- China Salur Bantuan Kemanusiaan kepada Iran, Perkukuh Kerjasama Dua Hala
- Menteri Luar China, Iran Adakan Perbincangan Telefon
- Utusan Khas China, Brazil Bincang Situasi Iran di Beijing
- China Zahir Takziah atas Pemergian Ali Khamenei
- China Sokong Iran Bela Kedaulatan dan Keselamatan
- China Sedia Dorong Penyelesaian Isu Nuklear Iran
- Wang Yi Berbincang dengan Menteri Luar Iran




