Operasi Rondaan Bersama Ke-170 di Sungai Mekong

(CRI)Selasa 20 Oktober 2026

Operasi rondaan bersama dan penguatkuasaan undang-undang Sungai Mekong ke-170 membabitkan China, Laos, Myanmar dan Thailand telah diadakan di jeti perkhidmatan polis Jingha, Xishuangbanna, provinsi Yunnan pada Isnin.

Operasi kali ini memberi tumpuan kepada pemantauan laluan utama Sungai Mekong, kawasan aliran berbahaya, jeti di sepanjang tebing sungai dan tempat penyeberangan di kawasan anak sungai.

Operasi tersebut turut mempergiat usaha membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan termasuk pengedaran dadah, kemasukan pendatang asing tanpa izin serta penyeludupan barangan.

Selain itu, pemeriksaan keselamatan turut diadakan bagi mengenal pasti risiko keselamatan di laluan pelayaran serta mencegah dan menangani pelbagai risiko keselamatan di lembangan Sungai Mekong.

Langkah berkenaan bagi melindungi keselamatan nyawa dan harta penduduk yang mendiami di sepanjang tebing sungai serta kapal dan kru yang melalui kawasan tersebut.

Video

Berita Berkaitan