PLA China Laksana Pemantauan terhadap Kapal AS Ceroboh Kepulauan Nansha

(CRI)Rabu 21 Oktober 2026

Tentera Laut Pembebasan Rakyat (PLA) China mengerahkan pasukan untuk memantau kapal perang dari Amerika Syarikat (AS) berdasarkan peraturan dan undang-undang.

Pemantauan di bawah kendalian Teater Selatan PLA itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap kapal perang pesisir USS Charleston yang dilaporkan memasuki secara haram perairan berhampiran Terumbu Xianbin di Kepulauan Nansha, tanpa kebenaran daripada kerajaan China pada Selasa.

China juga telah mengemukakan bantahan dan menggesa AS supaya segera menghentikan aktiviti yang menjejaskan keamanan dan kestabilan di perairan berkenaan.

China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan ke atas Kepulauan Nansha dan perairan berhampirannya.

Tindakan AS seumpama mencabuli hak kedaulatan dan kepentingan dimiliki China, sambil mengancam keselamatan maritim dan tidak kondusif bagi keamanan serta kestabilan serantau.

Angkatan tentera Teater Selatan PLA juga sentiasa mengekalkan tahap kesiagaan tinggi untuk mempertahankan keselamatan kedaulatan negara, dan mengekalkan keamanan serta kestabilan serantau.

Video

Berita Berkaitan