- Lain-lain
Laluan Lingkaran Metro Terpanjang China Beroperasi

Sebuah tren bergerak di Laluan Metro 12 di Wuhan, provinsi Hubei, tengah China, 29 Oktober 2026. (Xinhua/Xiao Yijiu)
Laluan Metro 12 di Wuhan, ibu provinsi Hubei di tengah China, mula beroperasi sepenuhnya pada Khamis, menjadikannya laluan lingkaran terpanjang di negara ini, menurut Persatuan Metro China.
Meliputi jarak 59.9 kilometer dengan 37 stesen bawah tanah di merata tujuh daerah bandar Wuhan, laluan ini menghubungkan hab kereta api Wuchang dan Hankou, malahan menawarkan sambungan ke 18 laluan lain yang sedia ada dan juga yang masih dalam rancangan. Satu lingkaran penuh memakan masa sekitar 96 minit.
Laluan berkenaan dibuka secara dua fasa. Fasa pertama, 35.3 kilometer panjang, mula berkhidmat pada 1 Mei tahun ini. Dengan operasi fasa kedua kini, panjang Metro Wuhan melebihi 581 kilometer, atau kira-kira perjalanan dengan memandu antara Berlin dan Munich atau antara Rom dan Milan.
Dikenali sebagai “kota sungai”, Wuhan mempunyai keadaan geologi dan hidrologi rumit yang mengundang bermacam-macam cabaran dalam pembinaan. Laluan Metro ini lalu di bawah Sungai Yangtze dua kali dan Sungai Hanjiang sekali. Pasukan pembina berjaya mengatasi berbagai-bagai kesukaran teknikal, termasuk tekanan air tinggi dan strata berbentuk komposit.
Salah satu terowong merentas sungai, panjangnya anggaran 4 kilometer manakala bahagian paling rendah berada 71.4 meter di bawah permukaan Sungai Yangtze. Projek ini telah membekalkan pengalaman berharga bagi pembinaan jambatan rentas sungai berdiameter super besar di China.
Wuhan yang didiami lebih 13.86 juta penduduk tetap, ialah sebuah hab pengangkutan penting, juga bandar teras Jalur Ekonomi Sungai Yangtze. Pembukaan Laluan Metro 12 dijangka akan memudahkan lagi perjalanan merentas sungai.
Difahamkan, China telah mengumumkan rancangan untuk memajukan secara komprehensif pembangunan berkualiti tinggi perkhidmatan pengangkutan bersepadu pada tempoh Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030). Menurut pengumuman Kementerian Pengangkutan pada Julai lalu, rancangan itu menyasarkan pembangunan sebuah sistem perkhidmatan pengangkutan bersepadu yang moden menjelang 2030.
Di bawah rancangan tersebut, China akan menambah baik sambungan antara mod pengangkutan berbeza, menjadikan penumpang lebih mudah menukar pengangkutan, di samping mempertingkat perkhidmatan logistik barang.

Orang menggunakan eskalator di sebuah stesen Laluan Metro 12 di Wuhan, provinsi Hubei, tengah China, 29 Oktober 2026. (Xinhua/Xiao Yijiu)

Penumpang di sebuah stesen Laluan Metro 12 di Wuhan, provinsi Hubei, tengah China, 29 Oktober 2026. (Xinhua/Xiao Yijiu)

Penumpang di sebuah stesen Laluan Metro 12 di Wuhan, provinsi Hubei, tengah China, 29 Oktober 2026. (Xinhua/Xiao Yijiu)

Orang menaiki tren Laluan Metro 12 di Wuhan, provinsi Hubei, tengah China, 29 Oktober 2026. (Xinhua/Xiao Yijiu)

Sebuah tren Laluan Metro 12 tiba di sebuah stesen di Wuhan, provinsi Hubei, tengah China, 29 Oktober 2026. (Xinhua/Xiao Yijiu)

Pembina menaiki sebuah tren Laluan Metro 12 di Wuhan, provinsi Hubei, tengah China, 29 Oktober 2026. (Xinhua/Xiao Yijiu)
- China Umum Pelan Inovasi Sains, Teknologi Rel 2026-2030
- Lebih 100 Juta Perjalanan Berkereta Api pada Cuti Hari Pekerja
- Ketibaan Penumpang Kereta Api di China pada Januari hingga Mei Naik 5.7%
- Aliran Kargo, Penumpang Rel Tumbuh Stabil Jan-Mei
- China Catat Lonjakan Perjalanan Rentas Wilayah Semasa Pesta Perahu Naga
- Rel Laju Beijing-Shanghai Rekod Lebih 2.3 Bilion Penumpang dalam 15 Tahun
- HSR Modal Swasta Pertama China Kendali Lebih 100 Juta Perjalanan
- Tren Metro Meluncur Rentas Lukisan Hidup
- Laluan HSR Ruijin-Yan'an Beroperasi Hari ini
- Malaysia, Sumber Pelancong Asing Terbesar bagi HSR Jakarta-Bandung
- Wuhan Bermandikan Kilau Mentari Terbenam
- Semaraknya Taici, Gunung Wudang Jadi Tarikan
- Petani Menuai Oren di Hubei
- Songzi, Hubei: Getaran Gitar Gema Seluruh Dunia
- Kebun Teh di Hubei Berkembang Mekar, Jadi Destinasi Pelancong
- Kegemilangan Industri Firus di Kaunti Zhushan
- Bandar Tianmen Guna Platform E-dagang, Bina Jaringan Pakaian Global
- Kereta Terbang, Robot Manusia, Debut di Wuhan
- Keajaiban Geologi Ubah Jadi Pertunjukan Cahaya, Bayang Imersif
- Video: Lebih 3,500 Penyelamat Digerakkan Selepas Hubei Dibadai Ribut




