Kisah Kejayaan Hebat Di Tengah Mawar Gurun (3)

Pekerja mengendalikan kelopak ros di sebuah kilang di Yutian. (foto: Wang Zhuangfei/China Daily)

Pekerja mengendalikan kelopak ros di sebuah kilang di Yutian. (foto: Wang Zhuangfei/China Daily)

Pendapatan yang stabil

Tohthan Sardik, 50 tahun, salah seorang daripada pekerja tetap di ladang itu memperoleh 3,500 yuan sebulan. Sebagai seorang penanam gandum yang tinggal di kampung berhampiran, dia memberitahu bahawa petani seperti dirinya pernah "hidup dalam rahmat syurga", yang merujuk kepada keadaan cuaca ekstrem yang boleh menghapuskan hasil yang sememangnya tidak seberapa.

"Saya kini gembira kerana mempunyai pendapatan yang stabil," katanya.

Operasi itu telah membantu wilayah yang berhadapan dengan ribut pasir untuk sepanjang tahun. Liu, timbalan pengurus besar berkata, penahan angin yang disediakan oleh poplar meliputi 130 hektar tanah, dan menelan belanja 100 juta yuan.

Amina Metsun dibesarkan dengan ribut pasir, yang pada masa remajanya telah berkurangan, atau dalam situasi yang teruk akan menghapuskan pengeluaran gandum keluarganya. Keadaan bertambah baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Semuanya adalah hasil daripada penanaman semula hutan dan projek kawalan pasir yang dijalankan di kawasan itu, termasuk ladang.

Tohthan Sardik berkata, ribut pasir yang dahsyat memaksa ibu bapanya berpindah dari satu tempat ke satu tempat pada 1960-an. Namun kini dia tidak lagi perlu berbuat demikian.

Yan Yongjun, pengerusi lembaga Queme membawa pengunjung melawat sekitar kilang di Yutian. Papan ilustrasi di dewan pameran menunjukkan bahawa industri penanaman mawar di kawasan itu bermula pada Dinasti Han Barat (206 SM-24 M), iaitu apabila mawar damask, sejenis mawar yang terkenal telah diperkenalkan ke lingkungan besar Hotan melalui Jalan Sutera .

Mawar juga menjadi bahan penting dalam perubatan tradisional Uygur.

Pen-tsao Kang-mu, karya klasik mengenai perubatan tradisional Cina yang ditulis oleh saintis perubatan Li Shizhen pada Dinasti Ming (1368-1644), menyebut bahawa mawar mempunyai ciri-ciri untuk meningkatkan metabolisme dan mengurangkan keletihan. Mawar juga boleh membantu masalah haid dan menyihatkan kulit.

Yan berkata, pati mawar diekstrak di kilang dan dihantar kepada rakan kongsi syarikat untuk dijadikan rangkaian produk bertemakan mawar, daripada wain hingga minyak pati dan losyen yang dipasarkan di bawah jenama Queme.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan