- Lain-lain
Xi, Trump Adakan Pertemuan di Busan (2)
Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Busan, Korea Selatan pada Khamis.
Xi menzahirkan kesediaan terus bersinergi dengan Trump untuk memperkukuh asas hubungan dua hala serta menyediakan persekitaran kondusif kepada pembangunan masing-masing.
Beliau berkata, pasukan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara mencapai konsensus mengenai penyelesaian isu berkenaan setelah bertukar-tukar pendapat secara mendalam.
Pasukan kedua-dua pihak hendaklah memperincikan kerja susulan secepat mungkin dan melaksanakan konsensus berkenaan dengan baik, agar memberi keyakinan kepada kedua-dua negara serta ekonomi dunia dengan hasil substantif.
Tegas beliau, China dan AS perlu mengekalkan komunikasi di semua peringkat menerusi pelbagai saluran.
Menurut beliau, kerjasama antara kedua-dua negara mempunyai prospek cerah khususnya dalam usaha membanteras pendatang haram, penipuan telekomunikasi dan pengubahan wang haram serta bidang kecerdasan buatan (AI) dan kawalan penyakit berjangkit. Justeru, badan berkaitan hendaklah memperkasa dialog dan interaksi, di samping menjalankan kerjasama saling untung.
Beliau turut menegaskan keperluan China dan AS menjalankan interaksi positif di arena serantau dan antarabangsa.
Trump pula berkata, hubungan AS-China kekal baik selama ini dan akan bertambah baik pada masa depan.
Ujar beliau, China merupakan rakan kongsi paling besar bagi AS dan kedua-dua negara boleh menjayakan banyak usaha penting di persada dunia menerusi kolaborasi.
Beliau yakin kerjasama antara kedua-dua negara dapat melakar kejayaan lebih besar pada masa hadapan.
Pemimpin kedua-dua negara sepakat untuk mempergiat kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, sumber tenaga dan lain-lain, di samping memperkasa pertukaran sosiobudaya.
- China, AS Diharap Bertindak Sehaluan
- China, AS akan Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan di Malaysia
- China, AS Setuju Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan Pusingan Baharu
- China Bukan Musuh, Sebaliknya Teladan yang Berjaya -- Prof Jeffrey Sachs
- China, AS Perlu Perluas Kerjasama: Duta China
- Hubungan China-AS yang Sihat Bawa Manfaat kepada Dunia -- PM Li Qiang
- China Tidak Akan Abaikan Prinsip, Syarikat, Untuk Capai Perjanjian
- Untung Bersama Jadi Pegangan, Isu Ekonomi Rungkai Melalui Rundingan
- Menteri Pertahanan China, AS Berbincang Menerusi Panggilan Video
- Wang Yi Berbincang dengan Setiausaha Negara AS





