Pemandangan Menakjubkan Taman Bertemakan Teh Diselubungi Kabus Pagi di Anhui (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 01 Disember 2025
Pemandangan Menakjubkan Taman Bertemakan Teh Diselubungi Kabus Pagi di Anhui
Foto menunjukkan pemandangan indah taman bertemakan teh Xichagu di pekan Youfangdian, kaunti Jinzhai, bandar Lu’an di Provinsi Anhui, timur China. (People’s Daily Online/Guo Hao)

Dengan kebun teh, bukit berhutan dan takungan Xianghongdian yang diselubungi kabus pagi, indah taman bertemakan teh Xichagu di pekan Youfangdian, kaunti Jinzhai, bandar Lu’an di Provinsi Anhui, timur China pada baru-baru ini membuatkan pengunjung terkagum dek pemandangannya yang saling tak tumpah ibarat lukisan dakwat China tradisional.

Sebagai sebuah zon demonstrasi ekologi yang menyepadukan pengeluaran teh, pelancongan budaya serta pengalaman waktu senggang dan percutian, taman tersebut telah menerima lebih daripada 450,000 lawatan setiap tahun.

Kawasan itu menawarkan kepada pengunjung tentang pengalaman budaya teh sambil mendorong industri tempatan seperti penjualan teh, inap desa, perkhidmatan berkaitan makanan, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Video

Berita Berkaitan