China Tolak Bantahan Jepun Mengenai Aktiviti di Laut Lepas

(CRI)Rabu 22 Julai 2026

China menolak dakwaan Jepun yang menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti China di kawasan laut lepas, dengan menyifatkan bantahan itu sebagai tidak berasas.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, China dengan tegas menolak apa yang disifatkannya sebagai “kebimbangan” Jepun berhubung aktiviti berkenaan, aktiviti yang dijalankan China di kawasan laut lepas berkenaan adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa serta amalan antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media pada sidang media harian mengenai aktiviti China di laut lepas serta kenyataan Jepun yang menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan tersebut.

Tegas Lin, berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), Okinotorishima merupakan batuan dan bukannya pulau, sekali gus tidak berhak mempunyai zon ekonomi eksklusif (EEZ) atau pelantar benua.

Menurut beliau, tuntutan Jepun terhadap EEZ berasaskan Okinotorishima adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

Beliau turut menuduh Jepun memutarbelitkan tindakan sah negara lain dan sengaja membesar-besarkan apa yang disifatkan sebagai ancaman luar bagi mencari alasan untuk mempercepatkan proses remiliterisasi serta mencabar susunan antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua.

Menurut beliau, masyarakat antarabangsa perlu berwaspada terhadap perkembangan tersebut dan bersama-sama menolak tindakan sedemikian.

Video

Berita Berkaitan