- Lain-lain
China Tingkatkan Penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas Semasa FYP ke-15
China akan memperkasakan pembinaan rangkaian kawasan perdaganga bebas berstandard tinggi yang berorientasikan global, di samping meningkatkan penaiktarafan kawasan perdagangan bebas secara menyeluruh semasa Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.
Naib Menteri Perdagangan China Jiang Chenghuaberkata demikian dalam sidang akhbar di Beijing pada Khamis.
Untuk rekod, China telah menandatangani 26 perjanjian perdagangan bebas dengan 33 buah negara dan wilayah sejak perjanjian perdagangan bebas pertama antara China dan ASEAN tercapai pada tahun 2002.
Dalam pada itu, rakan perdagangan bebas menyumbang 45 peratus daripada jumlah perdagangan luar dan 70 peratus daripada pelaburan asing di China.
Dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini, jumlah import dan eksport antara China dengan rakan perdagangan bebas mencapai RMB19.55 trilion (RM11.96 trilion), meningkat 30 peratus tahun ke tahun, sekali gus menyumbang lebih 70 peratus daripada peningkatan perdagangan luar negara Tembok Besar ini.
Mengulas lanjut, Jiangmenyatakan bahawa pihaknya akan mempromosikan pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0, mendorong Protokol Kenaiktarafan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Peru dikuatkuasakan secepat mungkin, mempercepat proses rundingan atau kenaiktarafan perdagangan bebas dengan Korea Selatan, New Zealand dan negara-negara Asia Tengah, selain memacu peluasan dan penaiktarafan RCEP.
- Perdagangan China Catat Prestasi Baik Tujuh Bulan Pertama 2026
- Perdagangan Luar China Tumbuh 19.2 Peratus pada Julai
- “Tiga Keajaiban Baharu Terbaru” China
- Perdagangan China Lakar Prestasi Memberangsangkan pada Separuh Pertama 2026
- China Jadi Rakan Dagang Utama bagi Lebih 160 Buah Negara dan Kawasan
- Perdagangan Luar China Naik 15.3 Peratus pada Lima Bulan Pertama 2026
- Editorial Global Times | Adakah “Enjin Perdagangan Luar” China Melemah?
- 20 Lagi Bandar Rintis Perdagangan Rentas Sempadan Pada 2026
- Perdagangan Barangan China Naik 18.3 Peratus Dua Bulan Pertama 2026
- Erenhot, Pelabuhan Darat Terbesar di Sempadan China-Mongolia, Makin Sibuk




