Pembangunan E-dagang Terus Inovatif pada Tiga Suku 2026

(CRI)Jumaat 23 Oktober 2026

Sektor e-dagang China terus menunjukkan momentum pertumbuhan positif bagi tempoh Januari hingga September 2026, sekali gus menyumbang kepada peningkatan penggunaan domestik dan memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

Menurut Kementerian Perdagangan China pada Jumaat, data Biro Statistik Negara menunjukkan jumlah jualan barangan dan perkhidmatan dalam talian di seluruh negara, meningkat sebanyak 4.4 peratus, menyumbang 45.4 peratus kepada pertumbuhan jualan runcit barangan dan perkhidmatan pengguna.

Sementara itu, sektor perkhidmatan dalam talian bagi pelancongan, perkhidmatan kehidupan dalam talian, dan katering masing-masing melonjak sebanyak 25.7 peratus, 13.9 peratus, dan 12.2 peratus bagi tempoh sama.

Video

Berita Berkaitan