China, ASEAN Lancar Pelan Pelaksanaan Inisiatif Perkasa Kerjasama E-dagang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 18 September 2026

Pelancaran Pelan Pelaksanaan Inisiatif China-ASEAN bagi Memperkasakan Kerjasama E-Dagang. (Foto ihsan penganjur)

Pelancaran Pelan Pelaksanaan Inisiatif China-ASEAN bagi Memperkasakan Kerjasama E-Dagang. (Foto ihsan penganjur)

“Rantaian Digital ASEAN – Berkongsi Peluang Baharu”, tema acara promosi e-dagang Jalan Sutera China-ASEAN 2026 yang diumumkan pada 17 September. Pada acara tersebut, kedua-dua pihak dengan rasminya melancarkan sebuah pelan pelaksanaan inisiatif dua hala bagi memperkasakan kerjasama e-dagang.

Jabatan perdagangan dari Jilin, Heilongjiang, Anhui, Henan, Guangxi, Hainan, Gansu, Qinghai, Ningxia dan Shaanxi serta wakil China Post telah meneliti capaian domestik saluran pos, dengan memberikan tumpuan kepada konsep “beli dari ASEAN, jual di seluruh China” dan “beli dari seluruh China, jual di ASEAN”.

Bersama-sama, mereka berusaha melicinkan saluran e-dagang bagi produk ASEAN yang masuk ke China dan juga produk istimewa China yang dijual dihantar ke seberang laut, menggalakkan peralihan kerjasama bilateral daripada fasa rangka kerja yang dipersetujui kepada pelaksanaan praktikal. 

Video

Berita Berkaitan